Tuesday, December 29, 2009
Monday, December 28, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Tuesday, December 22, 2009
Tuesday, December 1, 2009
oleh;Ibukesuma - Posted by aya
Email : - Upin@Ipin -
Nak kuruskan badan ni, tidaklah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;
* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.
* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.
* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.

Thursday, November 26, 2009
ORKID KESAYANGANKU
Tuesday, November 24, 2009
Saturday, November 21, 2009
anak derhaka
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Email : KAMARUL SADILA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. ..
Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

Kisah Tarik Kereta Dan Bank...
Berita pagi tadi memberitahu bahawa Hire Purchase Act (HP Act) akan dikaji semula kerana Akta yang ada sekarang ini memberikan ruang yang cukup banyak kepada pihak bank untuk menindas peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka. Antara cas (charge) yang disebut ialah upah tarik, cas (charge) storage (penyimpanan) dan satu lagi, saya terlupa.
Yang tidak disebut ialah cas guaman, duit kopi dan segala kesukaran dan tekanan secara fizikal dan emosi yang diterima oleh peminjam.
Sudah terlalu lama peminjam ditindas, undang-undang tidak memihak kepada mereka sedangkan merekalah yang patut mendapat pembelaan dan jika tiada peminjam maka tiada juga bank… sepatutnya benda ini dah lama diambil perhatian oleh pihak berwajib.
Namun kata pepatah orang putih” better late than never”. Jadi saya sebagai seorang peminjam amat mengalu-alukan langkah-langkah baru ini dan diharap pekerja bank, bank Negara dan orang ramai sama-sama memikul tanggungjawab bagi merealisasikan perubahan ini.
Bagi mereka yang pernah melalui waktu-waktu perit dan tak mampu membayar ansuran pinjaman, tentu faham sangat tekanan yang diberi.
Selain dari kenderaan akan ditarik bila-bila masa selepas 3 bulan 21 hari, ada pekerja bank yang makan duit kopi dari tukang tarik – selain dari membekalkan maklumat peminjam, pegawai bank ini bersekongkol dengan penarik kereta untuk habuan dengan :-
1. Stop payment – tidak membenarkan bayaran dibuat jika penarik kereta inform yg kenderaan yang lewat membayar telah dijumpai.
2. Surat RO hanya di fax atau e-mail kepada penarik kereta bila kereta telah dijumpai – bererti peminjam tak tahu pun RO (Repossessing Order) telah dikeluarkan dan jika sudah dikeluarkan kekadang bukan kepada penarik kereta itu tapi kepada penarik kereta yang lain.
3. Kadang-kadang peminjam berjanji dengan bank akan membayar pada contoh : 5/11/09 tapi kenderaan ditarik pada 4/11/09 dan peminjam terpaksa melunaskan bayaran tambahan sedangkan jika bank tetap pada janjinya peminjam memang dapat melunaskan mungkin lebih dari yang tertunggak.
4. Kenderaan yang ditarik diguna-pakai oleh penarik kereta sebelum dan ada waktu kenderaan yang ditarik hilang langsung tidak diserah kepada bank. Dalam bahasa “mereka” ini dipanggil “duri”, silap haribulan terlepas jual ke Thailand.
5. Bank hantar surat saman biarpun menerima bayaran (kes macam ni biasanya untuk kes bayaran yang tertunggak contoh : peminjam memang ada tunggakan tapi masih membayar contoh hutang 3 bayar 1 atau 2, jadi memang ada tertunggak dan pihak bank pulak sewenang-wenangnya hantar surat saman kat peminjam sedangkan bank masih menerima bayaran – dan cas tetap peminjam yang kena bayar.
6. Ada 1 kes terbaharu kat tangan saya sekarang ni ialah, bulan 9 bank hantar 1 surat lawyer NOD (Notice of Demand) dikeluarkan oleh satu firma guaman dan pada bulan 10 satu surat lagi oleh firma guaman yang lain. So macamana ni?
7. Bila kenderaan dah ditarik dan katalah peminjam tak mampu nak tebus balik, kenderaan ini akan dilelong dan sekiranya harga lelong kurang dari hutang, maka pihak bank akan mengambil tindakan sivil kepada peminjam.
Kesian kepada peminjam, sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap dek pasu bunga lalu dilanggar oleh lori trailer… Lihatlah betapa zalimnya system pentadbiran yang ada di Negaraku yang tercinta ini yang Islam itu agama rasminya.
Penindasan yang halus tanpa disedari.
Bagi para peminjam pula, ketahuilah hak-hak sebagai peminjam dan ambil tahu sikit pekara-pekara seperti undang-undang tarik kereta. Kalau ikut undang-undang, kereta dalam kawasan tertutup contoh : porch - mereka tak boleh tarik . Tapi mereka buat apa? Nak tahu? Baca terus...
Kereta dalam Porch
Mereka akan “ambush” i.e mereka tunggu sejak subuh-subuh dan bila orang dirumah bukak pintu pagar untuk hantar anak ke sekolah atau keluar pergi kerja mereka akan masuk dan paksa kita serah kunci;
Kalau orang tak de rumah, mereka akan angkat pagar, keluarkan kereta dan ambil gambar (kononnya ambik kat luar rumah)
Kereta kat Public Parking
Mereka boleh tarik tapi hanya waktu pejabat dan pada hari bekerja sahaja.
Oh, lupa 2 pekara penting :-
1. Penarik kereta ada kad kuasa dan seharusnya mereka hanya bekerja untuk institusi kewangan tersebut sahaja dan bukan kad kuasa dari CIMB tapi tarik kereta PBB.
2. Kereta yang ditarik kena buat report polis dan kalau tak silap kena report sebelum ambik tapi sekarang mereka juga boleh buat report kat mana-mana balai dengan alasan diluar kawasan (polis pun ada masukk…)
Saya harap dengan pengisytiharan akta sewa beli ini, mereka juga akan menilai semula pekara-pekara yang disebutkan disini.
Fokus bank nak dapatkan balik pinjaman yang diberi jadi carilah jalan bagaimana bank tak rugi dan pelanggan tak menjadi mangsa.
Fikir-fikirkan

Subscribe to:
Posts (Atom)