MESYUARAT PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
BIL 4 TAHUN 2023/2024
TARIKH: 22 JANUARI 2024
HARI: ISNIN
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN:
PENGURUSAN MESYUARAT
EN. Mohd Sani Ag Man -Pengerusi Majlis
Pn. Norzawani bt Rahim -Setiusaha
1.1PERUTUSAN PENGERUSI
Majlis dimulai dengan bacaan ummul Kitab, surah Al-Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahlipanitia pada Mesyuarat Panitia Rekabentuk dan Teknologi Bil. 4 bagi tahun 2023/2024.
1.2PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BIL.3 2023
1.2.1 Dicadangkan untuk pengesahan oleh En. Hamdan b Mohd Nawawi
1.2.2 Disokong oleh En. Rosli b Mat Jusoh
1.3PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS
Tiada perkara berbangkit
1.4PENULISAN REKOD PENGAJARAN HARIAN
1.4.1 Bagi sesi 2024 RPH hendaklah dicetak dan wajibdihantar pada setiap hari khamis kepada GK atauPK untuk disemak.
1.4.2 Tindakan akan diambil kepada mana-mana guru tidak mematuhi arahan ini.
1.5PENGISIAN CUTI SEKOLAH
1.5.1 Program “Pakej Cuti Berilmu” dilaksanakan pada cuti akhir nanti. Ketua Panitia bersama-sama ahli akanmenyediakan bahan-bahan/modul-modul/nota untuk diberikan kepada semua murid melibatkan semua subjekkecuali mata pelajaran PJPK.
1.5.2 Guru-guru perlu membuat pemantauan secaraonline bagi memastikan murid-murid lebih memahamiarahan setiap tugasan.
1.5.3 Program ini diharap dapat memberi pendedahanawal kepada murid untuk pengajaran dam pembelajaransesi akan datang.
1.5.4 Semakan hasil kerja murid akan dibuat pada haripertama sesi persekolahan akan datang.
1.6PROGRAM TINGKATAN 1,2,3
1.6.1 Program khusus untuk murid-murid Tingkatan 1,2 dan 3 “ Program Ceria di Hati,
dan Ceria Ilmu 2023/2024”
1.6.2 Program ini diisi dengan aktiviti motivasi, kokurikulum dan pengenalan tajuk-tajuk sebagaipersediaan sesi akan datang.
1.7 Hal-hal Lain
1.7 Pn. Siti Norhaslida mencadangkan agar diadakanModul Lakaran untuk setiap tingkatan 1 supaa murid berkemahiran melakar yang banyak digunakan dalammatapelajaran rekabentuk dan Teknologi
UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahlipanitia yang telah hadir. Beliau berharap agar semua ahlipanitia menjalankan amanah dengan baik untukkecemerlangan anak-anak SMK Pengkalan Chepa.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
Disediakan oleh,
(Siti Norhaslida bt Mat Hassan)
Ketua Panitia Rekabentuk dan Teknologi,
SMK. Pengkalan Chepa
Disahkan oleh,
(En. Mohd Sani Ag. Man)
Guru Kanan Teknik Vokasional
Guru Kanan Bahasa
SMK. Pengkalan Chepa
No comments:
Post a Comment